Sunday, November 16, 2008

Tingkat keupayaan otak

BETAPA kuat sekalipun otak berfungsi, sesekali kita tetap lupa sedangkan otak juga perlukan ‘penyelenggaraan’. Bukan pembedahan atau melakukan sesuatu yang berbahaya kerana kajian mendapati otak mampu dipertingkatkan keupayaannya hanya menerusi beberapa langkah mudah.Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu untuk meningkatkan fungsi otak:
Makan badam
Badam dipercayai boleh meningkatkan ingatan. Kombinasi minyak badam dan susu yang diambil sebelum tidur atau selepas bangun tidur dikatakan boleh menguatkan kuasa ingatan. Susu badam boleh disediakan dengan menghancurkan badam tanpa lapisan luarnya dan ditambah air dan gula.
Minum jus epal
Kajian Universiti Massachusetts Lowell, Amerika Syarikat menunjukkan jus epal meningkatkan pengeluaran pemancar sistem saraf yang penting, acetylcholine di dalam otak sekali gus meningkatkan kuasa ingatan.
Tidur dengan baik
Kajian mendapati ingatan jangka panjang diperkuatkan apabila seseorang itu memperoleh tidur yang baik.
Nikmati aktiviti mudah yang digemari
Tekanan boleh mengeringkan kekuatan otak. Amalkan aktiviti mudah yang digemari setiap hari untuk menyingkirkan tekanan daripada fikiran. Sesetengah daripada aktiviti mudah ini bukan saja baik untuk otak malah tubuh dan jiwa seperti mendengar muzik yang digemari, bermain dengan anak dan melahirkan penghargaan kepada orang lain.Selain itu, berlari beberapa kilometer setiap hari, mengayuh basikal atau berenang juga elok diamalkan
Senaman minda
Senaman fizikal memang penting untuk membina tubuh yang kuat namun senaman mental juga sangat diperlukan. Sedar atau tidak, kanak-kanak mempunyai kekuatan otak yang jauh lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Si kecil sentiasa bermain dengan fikirannya. Fikiran sedemikian menunjukkan kekuatan ingatan yang baik. Untuk membuatkan fikiran aktif, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti bermain silang kata, berinteraksi atau melakukan kerja sukarela. Selain itu, mulakan hobi seperti menulis blog, membaca, melukis atau mempelajari kemahiran baru.
Mengurangkan pengambilan gula
Gula bukanlah makanan. Ia sejenis karbohidrat yang memberikan tenaga khayalan. Pengambilan gula berlebihan boleh mengakibatkan gejala kebimbangan yang keterlaluan.Gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa takut apabila berada di tempat sempit, hilang ingatan dan masalah saraf lain.Jika boleh, nikmati makanan tanpa perlu menambah gula.
Khasiat gandum penuh
Gandum penuh mengandungi lecithin. Bahan ini membantu untuk mengurangkan masalah pengerasan saluran darah yang lazimnya merosakkan fungsi otak.
Makan hidangan ringan pada waktu malam
Hidangan berat boleh menyebabkan seseorang itu sukar tidur dan tekanan emosi sewaktu tidur. Elok menikmati hidangan berat waktu siang ketika tubuh melakukan banyak pergerakan sekali gus memanfaatkan pengambilan yang banyak itu.Pada waktu malam, nikmati hidangan ringan berserta buah-buahan untuk memudahkan tidur. Tidur yang baik boleh menguatkan otak.
Berimaginasi
Orang Yunani cukup mahir dari segi prinsip imaginasi dan kaitannya untuk mengingati apa saja. Teknik berkenaan memerlukan seseorang itu mencipta imaginasi jelas dan berwarna-warni yang boleh dikaitkan dengan objek yang diketahui.Jika proses imaginasi itu turut disertai deria sentuh, rasa, bau, dengar dan melihat, seseorang itu boleh mengingatinya dengan lebih baik.
Kelebihan vitamin B kompleks
Vitamin B kompleks menguatkan ingatan justeru, nikmati makanan termasuk sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin B kompleks yang tinggi.

Thursday, November 13, 2008

Kebesaran Allah dirasai ketika solat

Berani - Dalam solat, ada ubat atau pil untuk menjadikan orang penakut itu berani. Malahan sebelum mengangkat takbir solat pun, sudah dirasakan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan dan betapa lemahnya makhluk ini. Datang kesedaran yang makhluk tidak ada kuasa langsung. Malaikat, jin, harimau dan manusia lain semuanya setaraf, setitik pun tidak ada kuasa dan kekuatan. Cuma kalau ada perbezaan antara satu sama lain adalah kerana Tuhan bagi sedikit kelebihan kepada dia. Tuhan bagi kelebihan tidak sama kepada setiap makhluk. Yang kuat dan berkuasa itu Tuhan, bukan makhluk. Bukan malaikat, bukan jin, bukan manusia dan bukan harimau. Yang patut dan layak ditakuti ialah Tuhan.
Bila Tuhan sebenar-benarnya ditakuti, akan lenyaplah takut dan akan timbullah rasa berani terhadap sesama makhluk. Ini termasuk juga takut kepada miskin, sakit, hilang pangkat dan jawatan, hilang pengaruh, mati dan sebagainya. Jika kita sedar semua itu adalah daripada Tuhan, takut kita itu akan berpindah dari perkara terbabit kepada Tuhan. Begitu juga rasa takut kepada bencana alam seperti banjir besar, gunung berapi, gempa bumi dan wabak penyakit. Tuhan kata jadi, maka jadilah. Tuhan kata tidak, maka tidaklah. Akan datang rasa takut kepada Tuhan lebih dari takut kepada bencana alam itu. Takut pada Tuhan itu adalah takut yang hak dan mesti dikekalkan. Takut pada makhluk adalah takut yang batil. la mesti dibuang.
Disiplin - Dalam solat kita berikrar dan berjanji, yang hidup dan mati kita pun untuk Tuhan. Kalau pengakuan macam ini boleh dibuat dan dihayati dengan sepenuh hati, kita akan menjadi seorang manusia yang penuh disiplin. Kalau satu bangsa boleh buat pengakuan yang seperti ini, bangsa itu akan menjadi satu bangsa yang berdisiplin. Bila disebut mati, semua orang yakin akan mati. Bila mati ertinya kembali kepada Tuhan. Kembali ertinya pulang ke tempat asal.
Maksudnya, asal kita adalah dari Tuhan. Datang dari Tuhan, kembali pun kepada Tuhan. Maka perlulah kita hidup dan mati kerana Tuhan. Bila datang dari Tuhan dan kembali pun kepada Tuhan, mesti ada jalan dari dan kepada Tuhan. Bila hidup dan mati kita ikrarkan untuk Tuhan, sudah tentu kita akan ikut jalan ini. Jalan ini ialah syariat Tuhan. Kita akan ikut syariat Tuhan. Taat dan patuh kepada syariat ini ialah disiplin. Disiplin termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sebaliknya, bangsa yang tidak berdisiplin, sesiapa sahaja yang melihat akan mentertawakan, bahkan akan memperlecehkan mereka. Tidak ada disiplin di sudut manapun akan menjadi bahan kelakar bagi orang Yahudi. lni dapat kita lihat pada bangsa di Timur Tengah. Mereka sungguh tidak berdisiplin. Naik bas pun berebut-rebut, tidak tahu hendak beratur. Itu sebab bangsa Yahudi tidak hormat, tidak takut dan tidak gerun dengan mereka. Itu sebab jugalah Yahudi berani memperkotak-katik dan menzalimi mereka.
Sabar - Sabar juga termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sifat sabar Iebih utama bagi pemimpin. Oleh itu sifat sabar yang tertinggi dihadiahkan Tuhan kepada pemimpin, kepada kalangan rasul terutamanya yang rasul Ulul Azmi (mempunyai azam yang kuat). Sabar adalah syarat utama bagi seorang pemimpin. Dalam solat ada ubat dan pil untuk menjadikan seseorang itu penyabar. Sebelum kita mulakan solat pun sudah ada didikan untuk kita bersabar, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebab hendak solat bukannya senang, Iebih-Iebih lagi bagi orang yang belum khusyuk. Hendak solat pun satu ujian. Bukan senang hendak bangun tidur di waktu pagi untuk solat Subuh. Sebab itu, sesetengah orang, dia duduk-duduk dulu, dia menung dulu, mengenangkan terpaksa ke bilik air. Kalau tidak sabar, kita tidak akan boleh buat. Kalau tidak sabar, boleh jadi kita akan tidur semula. Sebelum solat pun sudah perlu banyak sabar. Dalam solat Iebih-Iebih lagi. Bila kita baca ayat 3 surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memerintah di hari akhirat" ia menjadi pemangkin untuk kita bersabar. Bersabar melaksanakan segala suruhan Tuhan. Bersabar meninggalkan segala larangan Tuhan kerana takutkan neraka dan inginkan syurga-Nya. Biarlah bersusah-susah sedikit. Biarlah sakit sedikit. Biarlah tidak dapat mengikut kehendak nafsu, asalkan di akhirat kita selamat. Dengan itu ia memudahkan kita untuk bersabar.
Samalah dengan orang yang mengejar dunia. Hendak sekolah bukan seronok. Hendak belajar bukan senang. Hendak masuk universiti bukan mudah. Tetapi demi menjadi pandai, supaya dapat kerja dan jawatan yang tinggi, bersusah payah pun dibuat juga. Orang boleh bersabar menghadapi apa yang dia benci, apa yang dia tidak suka dan apa yang menjemukannya, asalkan matlamat dan cita-citanya tercapai.

Tuesday, November 4, 2008

MARI MENDIDIK ANAK

SEWAKTU mendidik anak, ada ibu bapa yang meng gunakan kekerasan sehingga anak menjadi takut kepada orang tua mereka. Tidak kurang yang tidak tegas mendidik dan membiarkan anak tanpa peraturan sehingga anak men jadi liar.Ada yang berkata, cara mendidik anak akan memberi kesan besar dalam hidup apabila mereka dewasa kelak. Ada juga yang mengatakan ibu bapa perlu mendidik anak bukan mengikut cara mereka dididik dulu tetapi mengikut per edaran zaman kini.Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak:
Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari, bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak.
Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin kehidupannya.

Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan.
Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pem bentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggung jawab dan seumpamanya.
Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak.Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada-pada.
Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa mithali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.
Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya serta menyediakan keperluan yang mu nasabah untuk anak, sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu.
Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita bila mereka berdepan dengan masalah.
Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan antara perkara yang boleh di lakukan dan dilatih kepada anak termasuk mengajar me nyimpan rahsia, latih mereka berpuasa serta membentuk kemahiran sosial anak contohnya berkawan dengan betul.Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak serta me ngajar mereka cara membuat keputusan yang baik.
Kenal pasti kecenderungan dan minat anak. Selain da ripada memerhatikan sendiri anak-anak, boleh bertanya pada guru atau rakan mengenai hobi mereka kerana mungkin ada yang terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah menjadi insan cemerlang.

Thursday, October 30, 2008